Kerjaya muzik Sasi The Don

Pada tahun 2001, Sasi the Don melancarkan album pertamanya, Manitha Piravi yang telah terjual sebanyak 19,000 unit. Beliau diundang untuk menjadi pembuka tirai konsert dua penyanyi India Selatan, Anuradha Sriram dan Shankar Mahadevan, di Kuala Lumpur.[5]

Beliau menembusi pasaran United Kingdom pada awal tahun 2002 dengan lagu "The Tide is High" yang merupakan nyanyian asal kumpulan Jamaica, The Paragon.[1] Album keduanya For Real yang mengandungi hits seperti "Anbe"[6] dan "Suatu Impian" duet bersama Amy Search, album ini terjual lebih dari 8000 unit.[1] Album ketiganya, An Asian Dancehall Revolution dikeluarkan pada 2006 dengan lagu hits "Holdup" duet bersama Apache Indian".

Lima tahun kemudian, beliau muncul dengan album keempat, Don't Panic! It's Just Music. Kos pembikinan album ini mencecah RM120 ribu. Album ini menyaksikan Sasi bekerjasama dengan Anita Sarawak, Jaclyn Victor dan Rabbit Mac. Untuk mempromosikan album ini, beliau mengadakan dua konsert jelajah yang diadakan di Pulau Pinang dan Johor.[7]

Pada tahun 2017, Sasi tampil dengan single "Memang Mudah" di mana beliau bekerjasama dengan rapper, Altimet dan Maya Hanum. Lagu itu dirakamkan sempena ulang tahun ke-9 syarikat pengiklanan, Mudah.my.[8]

Sasi The Don melancarkan single terbarunya bertajuk "ABCD" selepas empat tahun menyepi, di mana beliau berduet bersama penyanyi latar India, Anuradha Sriram. Lagu ini digubah oleh Sasi dan ditulis bersama oleh Navin D'navigator dan Saran Narayan, dan dikeluarkan pada minggu pertama Oktober 2018 sempena Deepavali.[9][10] Sasi The Don yang kini sedang menyiapkan album kelima, Timeless.[11]

Beliau bersama-sama dengan Jaclyn Victor, Alvin Chong dan Caprice merakamkan lagu "Keep Flying". Dicipta sepenuhnya oleh beliau, Sasi berkata lagu itu didedikasikan khas untuk Penerbangan Malaysia (MAS) dan juga rakyat Malaysia amnya. Menurutnya: "Tidak kira pada titik mana kita hidup, ini bukan hanya untuk bergerak maju tetapi juga untuk terus terbang. Kita harus mencapai kehebatan untuk menjadikan negara kembali hebat,".[12][13]

Rujukan

WikiPedia: Sasi The Don http://indianosaix.blogspot.com/2012/03/biography-... https://www.allmusic.com/artist/sasi-the-don-mn000... https://www.discogs.com/artist/4812100-Sasi-The-Do... https://www.facebook.com/sasithedon https://www.instagram.com/sasithedon/ https://sarawakvoice.com/2018/09/10/sasi-the-don-k... https://sasithedon.com/ https://www.thehindu.com/entertainment/music/sasi-... https://www.thehindu.com/features/metroplus/malays... https://www.thehindu.com/features/metroplus/sasi-t...